CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Geography is my World! Slideshow: Teacher’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 4 cities Kuala Lumpur, Sabah, Pahang (near Jerantut, Pahang) and Pulau Redang was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday, 15 May 2012

BAB 2 : ARAH

1. Arah mata angin terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
    - Arah Mata Angin Utama  
    - Arah Mata Angin Perantaraan 

2. Arah Mata Angin Utama terdiri daripada:-  
    - Utara  
    - Timur  
    - Selatan  
    - Barat

3. Arah Mata Angin Perantaraan terdiri daripada:-  
    - Timur Laut  
    - Tenggara 
    - Barat Daya  
    - Barat Laut
 Rajah 1: Arah Mata Angin

Apa itu Kompas Magnetik?

Sebelum saya menerang dengan lebih lanjut tentang kompas, para pelajar perlu tahu apa itu kompas dan ciri-cirinya. Kompas mudah digunakan untuk menentukan arah kerana kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.



Ciri-ciri Kompas
  • Permukaan kompas mempunyai 4 arah mata angin utama dan 4 arah mata angin perantaraan dan diberi nilai seperti  rajah disebelah. Di mana setiap nilai terdapat perbezaan sebanyak 45 darjah. Maka secara keseluruhan terdapat 0 darjah sehingga 360 darjah.
Nilai setiap arah mata angin
  • Jarum kompas sentiasa menghala ke arah UTARA disebabkan pengaruh TARIKAN MAGNET BUMI.
  • Semasa menggunakan  kompas bahan besi perlu DIJAUHI kerana akan mempengaruhi KETEPATAN bacaan jarum kompas seperti rajah di bawah.

  • Kompas digunakan oleh :-
         
Juruterbang
Pengembara

Pelayar
Jurukur

Panduan Menggunakan Kompas
  1. Berdiri menghadap objek yang hendak ditentukan arah.
  2. Letakkan kompas di permukaan yang rata seperti tapak tangan.
  3. Pusingan kompas perlahan-lahan sehingga jarum kompas menunjukkan arah utara.
  4. Letakkan pembaris selari dengan arah objek yang hendak ditentukan arahnya tadi.
  5. Arah yang ditunjukan pembaris pada kompas merupakan arah objek tersebut. 
Boleh tengok video ini untuk mengetahui dan memahami bagaimana hendak menentukan kedudukan atau objek dengan menggunakan kompas.


Menentukan Arah Berpandukan Matahari
  1. Kedudukan matahari dapat menentukan arah sesuatu tempat.
  2. Dapat ditentukan dengan matahari terbit di sebelah timur dan matahari terbenam di sebelah barat.
  3. Terdapat beberapa langkah dalam menentukan kedudukan arah berpandukan matahari adalah seperti berikut :-
  • Berdiri tegak di kawasan lapang pada waktu pagi  sewaktu matahari tebit.
  • Angkat tangan kanan anda menunjukan arahmatahari terbit (TIMUR)
  • Angkat tangan kiri menghala ke arah matahari terbenam (BARAT)
  • Di hadapan anda adalah arah UTARA dan di belakang anda adalah arah SELATAN
  • Rajah 2: Menentukan Arah Mata Angin Berpandukan Matahari

     

0 comments: