CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Geography is my World! Slideshow: Teacher’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 4 cities Kuala Lumpur, Sabah, Pahang (near Jerantut, Pahang) and Pulau Redang was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Friday, 11 May 2012

Apa itu GEOGRAFI??

Hi... Salam perkenalan dari Teacher Linda untuk semua... Blog ini diwujudkan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang subjek yang agak penting dalam pembelajaran di sekolah mahupun di dalam kehidupan seharian iaitu subjek GEOGRAFI.

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG GEOGRAFI??

Secara ringkasnya GEOGRAFI merupakan perkara yang kita sebagai manusia lalui setiap hari. Nak tahu kenapa? Ini adalah kerana manusia merupakan komponen yang saling berinteraksi secara langsung atau tidak langsung dengan geografi.

Perkataan GEOGRAFI berasal dari LATIN iaitu:

  • GEO       =   BUMI
  • GRAFIS =   PENERANGAN

Maksud secara saintifiknya adalah:

      GEOGRAFI = PENERANGAN TENTANG BUMI


KENAPA GEOGRAFI PENTING?


Membantu manusia:-
  1. Menguruskan sumber semulajadi secara berkesan
  2. Menguruskan ruangan tempat tinggal
  3. Berinteraksi dengan alam serta komuniti lain secara normal
Secara kesimpulan di sini, Teacher Linda boleh rumuskan bahawa subjek GEOGRAFI ini memang amat penting terhadap setiap organisma bumi termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan kerana ia saling berkaitan dan  memerlukan antara satu sama lain. Setiap organisma ini memainkan peranan masing-masing. Kalau hendak diikuti dan diamati sedalam-dalamnya subjek GEOGRAFI ini, kita boleh nampak kelebihan dan potensi setiap bentuk muka bumi di negara kita iaitu MALAYSIA.

APA YANG MENARIK TENTANG GEOGRAFI MALAYSIA?

Menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru yang mengajar subjek Geografi ini untuk mendedahkan tentang Geografi Malaysia terhadap para pelajar dengan lebih mendalam. Jika dilihat di Malaysia banyak tempat perlancongan yang menarik yang mampu menarik ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk datang. Oleh itu sebelum para pelajar mengikuti blog Teacher Linda ini, apa kata you all tengok video di bawah ini......selamat menonton ...:)


0 comments: