CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Geography is my World! Slideshow: Teacher’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 4 cities Kuala Lumpur, Sabah, Pahang (near Jerantut, Pahang) and Pulau Redang was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday, 15 May 2012

BAB 2 : ARAH

1. Arah mata angin terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
    - Arah Mata Angin Utama  
    - Arah Mata Angin Perantaraan 

2. Arah Mata Angin Utama terdiri daripada:-  
    - Utara  
    - Timur  
    - Selatan  
    - Barat

3. Arah Mata Angin Perantaraan terdiri daripada:-  
    - Timur Laut  
    - Tenggara 
    - Barat Daya  
    - Barat Laut
 Rajah 1: Arah Mata Angin

Apa itu Kompas Magnetik?

Sebelum saya menerang dengan lebih lanjut tentang kompas, para pelajar perlu tahu apa itu kompas dan ciri-cirinya. Kompas mudah digunakan untuk menentukan arah kerana kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.



Ciri-ciri Kompas
  • Permukaan kompas mempunyai 4 arah mata angin utama dan 4 arah mata angin perantaraan dan diberi nilai seperti  rajah disebelah. Di mana setiap nilai terdapat perbezaan sebanyak 45 darjah. Maka secara keseluruhan terdapat 0 darjah sehingga 360 darjah.
Nilai setiap arah mata angin
  • Jarum kompas sentiasa menghala ke arah UTARA disebabkan pengaruh TARIKAN MAGNET BUMI.
  • Semasa menggunakan  kompas bahan besi perlu DIJAUHI kerana akan mempengaruhi KETEPATAN bacaan jarum kompas seperti rajah di bawah.

  • Kompas digunakan oleh :-
         
Juruterbang
Pengembara

Pelayar
Jurukur

Panduan Menggunakan Kompas
  1. Berdiri menghadap objek yang hendak ditentukan arah.
  2. Letakkan kompas di permukaan yang rata seperti tapak tangan.
  3. Pusingan kompas perlahan-lahan sehingga jarum kompas menunjukkan arah utara.
  4. Letakkan pembaris selari dengan arah objek yang hendak ditentukan arahnya tadi.
  5. Arah yang ditunjukan pembaris pada kompas merupakan arah objek tersebut. 
Boleh tengok video ini untuk mengetahui dan memahami bagaimana hendak menentukan kedudukan atau objek dengan menggunakan kompas.


Menentukan Arah Berpandukan Matahari
  1. Kedudukan matahari dapat menentukan arah sesuatu tempat.
  2. Dapat ditentukan dengan matahari terbit di sebelah timur dan matahari terbenam di sebelah barat.
  3. Terdapat beberapa langkah dalam menentukan kedudukan arah berpandukan matahari adalah seperti berikut :-
  • Berdiri tegak di kawasan lapang pada waktu pagi  sewaktu matahari tebit.
  • Angkat tangan kanan anda menunjukan arahmatahari terbit (TIMUR)
  • Angkat tangan kiri menghala ke arah matahari terbenam (BARAT)
  • Di hadapan anda adalah arah UTARA dan di belakang anda adalah arah SELATAN
  • Rajah 2: Menentukan Arah Mata Angin Berpandukan Matahari

     

Friday, 11 May 2012

BAB 1 : KEDUDUKAN

APA ITU KEDUDUKAN?

KEDUDUKAN  merupakan sesuati LOKASI atau TEMPAT

BAGAIMANA KEDUDUKAN DAPAT DITENTUKAN?
  1. Kedudukan Mutlak
  2. Kedudukan Relatif
APA ITU KEDUDUKAN RELATIF?
  • Penentuan kedudukan berdasarkan OBJEK LAIN atau TEMPAT LAIN sebagai TITIK RUJUKAN.
  • Perkataan yang sering digunakan adalah KIRI, KANAN, DEPAN, BELAKANG, DEKAT DENGAN....
BAGAIMANA DAPAT DITENTUKAN?
  • Berdasarkan kepada TITIK RUJUKAN
  • CONTOH: Apakah kedudukan Aliya dari Maisara?
  • Aliya : LOKASI BARU       Maisara: TITIK RUJUKAN

APA ITU KEDUDUKAN MUTLAK?
  • Kedudukan sesuatu LOKASI yang ditentukan berdasarkan kepada satu sistem nombor yang dikenali sebagai KOORDINAT.
  • KOORDINAT = Persilangan LAJUR dan BARIS
APA ITU LAJUR?
  • Merupakan GARISAN MENEGAK yang dikira dari KIRI KE KANAN.
APA ITU BARIS?
  • Merupakan GARISAN MENDATAR yang dikira dari DEPAN KE BELAKANG.
BAGAIMANA MENYEBUT KOORDINAT?
  • Bagi menyatakan koordinat, NOMBOR LAJUR disebut dahulu kemudian diikuti NOMBOR BARIS.
  • CONTOH: Lajur = 05 , Baris = 02 (sebutan LAJUR 05 BARIS 02)





 



                                               

Apa itu GEOGRAFI??

Hi... Salam perkenalan dari Teacher Linda untuk semua... Blog ini diwujudkan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang subjek yang agak penting dalam pembelajaran di sekolah mahupun di dalam kehidupan seharian iaitu subjek GEOGRAFI.

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG GEOGRAFI??

Secara ringkasnya GEOGRAFI merupakan perkara yang kita sebagai manusia lalui setiap hari. Nak tahu kenapa? Ini adalah kerana manusia merupakan komponen yang saling berinteraksi secara langsung atau tidak langsung dengan geografi.

Perkataan GEOGRAFI berasal dari LATIN iaitu:

  • GEO       =   BUMI
  • GRAFIS =   PENERANGAN

Maksud secara saintifiknya adalah:

      GEOGRAFI = PENERANGAN TENTANG BUMI


KENAPA GEOGRAFI PENTING?


Membantu manusia:-
  1. Menguruskan sumber semulajadi secara berkesan
  2. Menguruskan ruangan tempat tinggal
  3. Berinteraksi dengan alam serta komuniti lain secara normal
Secara kesimpulan di sini, Teacher Linda boleh rumuskan bahawa subjek GEOGRAFI ini memang amat penting terhadap setiap organisma bumi termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan kerana ia saling berkaitan dan  memerlukan antara satu sama lain. Setiap organisma ini memainkan peranan masing-masing. Kalau hendak diikuti dan diamati sedalam-dalamnya subjek GEOGRAFI ini, kita boleh nampak kelebihan dan potensi setiap bentuk muka bumi di negara kita iaitu MALAYSIA.

APA YANG MENARIK TENTANG GEOGRAFI MALAYSIA?

Menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru yang mengajar subjek Geografi ini untuk mendedahkan tentang Geografi Malaysia terhadap para pelajar dengan lebih mendalam. Jika dilihat di Malaysia banyak tempat perlancongan yang menarik yang mampu menarik ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk datang. Oleh itu sebelum para pelajar mengikuti blog Teacher Linda ini, apa kata you all tengok video di bawah ini......selamat menonton ...:)