1. Arah mata angin terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
- Arah Mata Angin Utama
- Arah Mata Angin Perantaraan
2. Arah Mata Angin Utama terdiri daripada:- - Utara
- Timur
- Selatan
- Barat
3. Arah Mata Angin Perantaraan terdiri daripada:- - Timur Laut
- Tenggara
- Barat Daya
- Barat Laut
Rajah 1: Arah Mata Angin
Apa itu Kompas Magnetik?
Sebelum saya menerang dengan lebih lanjut tentang kompas, para pelajar perlu tahu apa itu kompas dan ciri-cirinya. Kompas mudah digunakan untuk menentukan arah kerana kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
Ciri-ciri Kompas
Permukaan kompas mempunyai 4 arah mata angin utama dan 4 arah mata angin perantaraan dan diberi nilai seperti rajah disebelah. Di mana setiap nilai terdapat perbezaan sebanyak 45 darjah. Maka secara keseluruhan terdapat 0 darjah sehingga 360 darjah.
Nilai setiap arah mata angin
Jarum kompas sentiasa menghala ke arah UTARA disebabkan pengaruh TARIKAN MAGNET BUMI.
Semasa menggunakan kompas bahan besi perlu DIJAUHIkerana akan mempengaruhi KETEPATAN bacaan jarum kompas seperti rajah di bawah.
Kompas digunakan oleh :-
Juruterbang
Pengembara
Pelayar
Jurukur
Panduan Menggunakan Kompas
Berdiri menghadap objek yang hendak ditentukan arah.
Letakkan kompas di permukaan yang rata seperti tapak tangan.
Pusingan kompas perlahan-lahan sehingga jarum kompas menunjukkan arah utara.
Letakkan pembaris selari dengan arah objek yang hendak ditentukan arahnya tadi.
Arah yang ditunjukan pembaris pada kompas merupakan arah objek tersebut.
Boleh tengok video ini untuk mengetahui dan memahami bagaimana hendak menentukan kedudukan atau objek dengan menggunakan kompas.
Menentukan Arah Berpandukan Matahari
Kedudukan matahari dapat menentukan arah sesuatu tempat.
Dapat ditentukan dengan matahari terbit di sebelah timur dan matahari terbenam di sebelah barat.
Terdapat beberapa langkah dalam menentukan kedudukan arah berpandukan matahari adalah seperti berikut :-
Berdiri tegak di kawasan lapang pada waktu pagi sewaktu matahari tebit.
Angkat tangan kanan anda menunjukan arahmatahari terbit (TIMUR)
Angkat tangan kiri menghala ke arah matahari terbenam (BARAT)
Di hadapan anda adalah arah UTARA dan di belakang anda adalah arah SELATAN
Rajah 2: Menentukan Arah Mata Angin Berpandukan Matahari
Hi... Salam perkenalan dari Teacher Linda untuk semua... Blog ini diwujudkan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang subjek yang agak penting dalam pembelajaran di sekolah mahupun di dalam kehidupan seharian iaitu subjek GEOGRAFI.
APA YANG ANDA FAHAM TENTANG GEOGRAFI??
Secara ringkasnya GEOGRAFI merupakan perkara yang kita sebagai manusia lalui setiap hari. Nak tahu kenapa? Ini adalah kerana manusia merupakan komponen yang saling berinteraksi secara langsung atau tidak langsung dengan geografi.
Perkataan GEOGRAFI berasal dari LATIN iaitu:
GEO = BUMI
GRAFIS = PENERANGAN
Maksud secara saintifiknya adalah:
GEOGRAFI = PENERANGAN TENTANG BUMI
KENAPA GEOGRAFI PENTING?
Membantu manusia:-
Menguruskan sumber semulajadi secara berkesan
Menguruskan ruangan tempat tinggal
Berinteraksi dengan alam serta komuniti lain secara normal
Secara kesimpulan di sini, Teacher Linda boleh rumuskan bahawa subjek GEOGRAFIini memang amat penting terhadap setiap organisma bumi termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan kerana ia saling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain. Setiap organisma ini memainkan peranan masing-masing. Kalau hendak diikuti dan diamati sedalam-dalamnya subjek GEOGRAFIini, kita boleh nampak kelebihan dan potensi setiap bentuk muka bumi di negara kita iaitu MALAYSIA.
APA YANG MENARIK TENTANG GEOGRAFI MALAYSIA?
Menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru yang mengajar subjek Geografi ini untuk mendedahkan tentang Geografi Malaysia terhadap para pelajar dengan lebih mendalam. Jika dilihat di Malaysia banyak tempat perlancongan yang menarik yang mampu menarik ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk datang. Oleh itu sebelum para pelajar mengikuti blog Teacher Linda ini, apa kata you all tengok video di bawah ini......selamat menonton ...:)
I'm a wife to a wonderful husband. I'm a mother to a cute daughter. I'm a daughter to most loving parents. I'm a sister to my great siblings. I'm an aunty to my lovely niece n nephew. I'm a teacher to my wonderful students. I have a complete life now. Thxs ALLAH for this WONDERFUL LIFE!